Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, January 27, 2016

Yamaha Xabre 150 (2016) dilancarkan di Indonesia oleh Valentino Rossi - Rp 29.8 juta (RM9,133.60)

2016-Yamaha-Xabre-150-Rossi-Indonesia-001 Yamaha Indonesia (YIMM) membawakan Valentino Rossi ke Bali khas untuk melancarkan model terbaru dalam segmen 150cc iaitu Yamaha Xabre 150. Yamaha Xabre 150 merupakan model yang sama dengan model Yamaha M-Slaz 150 yang telah dilancarkan di Thailand pada Disember 2015. Mengikut perkiraan kami pada awalnya, kami menjangkakan model ini harus akan sampai ke Indonesia kerana pasaran di Indonesia adalah sangat besar (±8 juta jualan motosikal per tahun bro!) dan kami berpendapat namanya adalah MT-15.

Sunday, January 24, 2016

Adakah ini Honda Supra X 150 - bakal pesaing Yamaha Y15ZR?

2016-Honda-SupraX150-spyshot Tahun 2015 menyaksikan motosikal di Malaysia dalam kategori moped menerima enjin 150 iaitu Yamaha Y15ZR. Sebelum itu, telah muncul Suzuki Belang R150, namun itu berada dalam kategori yang lain kerana rekaannya yang lebih menyamai Suzuki Akira, Yamaha Speed MX 120 atau Kawasaki Athlete 125. Setelah dunia moped ditingkatkan dengan enjin berkapasiti 150cc oleh Yamaha, pesaing terbaru datang dari Honda dengan beberapa khabar bahawa Honda akan membawakan versi Supra X dalam varian 150cc. Khabar-khabar ini banyak berlangsung dari tiupan angin dari Indonesia dan sememamngnya berita dari Indonesia lebih terdahulu mendapat maklumat mengenai motosikal. Dalam gambar diatas, dapatlah kita melihat sedikit rupa sebuah mesin Honda yang dikaitkan dengan Supra X 150. Dapat dilihat bahawa model ini adalah khas untuk Indonesia kerana terdapat braket pemegang nombor plet diatas reraup depan model tersebut.  

Saturday, January 23, 2016

KTM 1050 Adventure CKD launched at RM68,888*

KTM Malaysia introduces locally assembled KTM 1050 Adventure CKD with a revised stating price of RM68,888 (without GST).

Wednesday, January 20, 2016

Brosur Yamaha 135LC (2016) - 5 peningkatan

2016-135LC-Msia-f Yamaha 135LC menerima grafik baru untuk 2016 dan juga sedikit kemaskini pada beberapa bahagian luarannya. 1)    Lampu reraup yang berbeza 2)    Lampu reraup kini LED 3)    Lampu belakang yang lebih tinggi pada bar pemegang belakang. Bar pemegang belakang juga menerima perubahan rekaan. 4)     Rekaan lampu belakang diubah dengan lampu isyarat yang terpisah (mengikut peraturan UNECE). 5)     Visor kini datang sebagai aksesori asas. 

Monday, January 18, 2016

Yamaha Aerox 125LC hadir ke Indonesia - Rp 18,2 million (RM5,754)

2016-Yamaha-Aerox-125LC-Indonesia-biru Yamaha Indonesia (YIMM) membawakan skuter baru untuk 2016 dengan kapasiti 125cc berdinginkan cecair iaitu Yamaha Aerox 125LC. Yamaha Aerox telah lama diperkenalkan di Eropah dan sudah tiba masanya Aerox diperkenalkan juga ke serata Asia. Enjin berdingin cecair 125cc ini merupakan enjin yang dikatakan sebagai yang paling tinggi prestasinya dalam kategorinya. Kuasa yang mampu dikeluarkan oleh enjin ini ialah 8.4kW atau 11.26 kuasa kuda pada 9,000RPM. Namun begitu, kuasa ini adalah sangat hampir sama dengan kuasa enjin Yamaha Ego LC 125 yang ada dalam pasaran Malaysia iaitu 8.3kW (11.13hp)

2016 Yamaha NMax launched in Malaysia - 155cc sporty scooter - RM10k

2016-Yamaha-NMax-Malaysia-Red-002 Yamaha NMAX is a sporty scooter model based on the concept of "City Commuter with Global Prestige". The NMAX has a newly developed BLUECORE engine, which boasts improvements in combustion efficiency, improved cooling performance and reduction of power losses. As a result of this trinity of improvement, the NMAX is able to achieve a "higher maximum power output and operating torque", said Mr. Takehiko Gotanda, Engine Project Chief of Yamaha Motor Company, Japan. A new liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve, 155cc fuel-injected engine with CVT on a body with styling that reflects the "MAX" family of models like the "TMAX" and "X-MAX", which is popular in Europe. 

Friday, January 15, 2016

Honda Wave Dash 110 PGM-FI (2016) dilancarkan di Malaysia - S RM5,299, R RM5,549 dan Repsol RM5,699

2016-Honda-Wave-Dash-PGM-FI-001 Honda mengemaskini Wave Dash dengan menukarkan sistem karburetor kepada sistem suntikan bahanapi untuk 2016. Wajah Honda Wave Dash PGM-FI ini menerima peningkatan dengan lampu hadapan berkembar dan lampu isyarat yang lebih besar pada bahagian reraup. Pda pandangan kasar, wajah Honda Wave Dash PGM-FI ini ada menyamai model Honda Future. 

Thursday, January 14, 2016

Ulasan: Kawasaki Z250SL (2014) - enjin 1 silinder berangka Trellis - RM15,789 (asas)

2014-Kawasaki-Z250SL-002 Segmen 250cc merupakan satu segmen yang sangat kompetitif pada masa ini yang mana terdapat pelbagai pilihan spesifikasi dan pilihan harga yang berusaha untuk menambat hati penunggang yang biasa baru ingin menaik taraf dari moped atau skuter kepada motosikal berkuasa tinggi (pada masa dulu, seingat saya, 250cc sudah dikategorikan sebagai 'superbike' iaitu 'entry-level superbike'. Namun begitu, sekarang ini, ramai yang mengatakan 250cc bukan 'superbike'. Apa-apa pun, saya masih ingin kekal dengan definisi 250cc sebagai 'entry-level superbike'. Anda tidak setuju, tak apalah).  

Tuesday, January 12, 2016

Yamaha YZF-R25 kini hadir dalam versi ABS untuk 2016

2016-Yamaha-YZF-R25-001-Red Yamaha membawakan kemaskini kepada model popular YZF-R25 dalam segmen 250cc. Terdapat 3 model yang kita ketahui setakat ini iaitu:
  1. YZF-R3A - model ini berkuasa 320cc dilengkapi dengan ABS (Sistem Brek Anti-kunci)
  2. YZF-R25A - versi 250cc dengan ABS
  3. YZF-R25 - versi 250cc tanpa ABS
Peningkatan dari segi spesifikasi dan bukan hanya dari segi grafik merupakan satu cara untuk memikat kembali pengguna mengenal YZF-R25 yang telah hadir sejak Februari 2015. Sebelum ini KTM juga meningkatkan spesifikasi RC250 dari model RC200 dengan menambah sistem klac slipper (selipar?) yang sangat digemari oleh penunggang yang suka mengambil selekoh dengan halaju tinggi dalam litar lumba. Begitu juga Kawasaki yang juga memperkenalkan sistem klac ini pada model 250cc 2-silindernya. 

Monday, January 11, 2016

Benelli TNT 25 (2016) hadir ke pasaran Malaysia - RM12,990 (harga asas tidak termasuk GST)

2016-Benelli-TnT_25_RED_01-003 Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) membawakan satu pencabar dalam kategori 250cc yang popular dengan nama TnT25. TnT adalah singkatan dari 'Tornado Naked Tre' yang mengaitkan model ini sebagai model jalanan yang berangka Trellis. TnT25 hadir dengan enjin 4-lejang satu silinder 249cc dengan 4-injap. Enjin ini disejukkan menggunakan sistem penyejukan cecair untuk memastikan perjalanan jauh tidak menjadi halangan kepada penunggang yang kental.  

Sunday, January 10, 2016

2016 Team Suzuki ECSTAR GSX-RR MotoGP machine

2016-Suzuki-ECSTAR-GSXRR-001 Team Suzuki ECSTAR proudly shows their livery for Suzuki GSX-RR racing in MotoGP 2016. This particular bike is numbered 25 which refers to its rider, Maverick Vinales. If you observe the livery close enough, you can see now it spot the Michelin man on the side at the front fork.  

Sunday, January 3, 2016

Pictures of 2015 Yamaha YZF-R25 Movistar GP Edition at the shop- RM21,999 basic

2015-Yamaha-YZF-R25-Movistar-Malaysia-005 I have went to Kian Huat Motor in Shah Alam to check out the beautiful Yamaha YZF-R25 Movistar GP Edition there. Everything looks very nice and the colour is really striking. The wheel colour match the body colour and this stripe / livery is the same one we see on the Indonesian model. Check out five more pictures after the jump: 

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/