Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, October 25, 2015

Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix: Keputusan Moto2 - 1- Zarco, 2- Luthi, 3- Folger

Moto2_Zarco_ Zarco meneruskan aksi cemerlang sepanjang perlumbaan 19 pusingan ini di Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix. Walaupun telah mengutip mata yang cukup untuk membolehkan Zarco mendapat juara keseluruhan kategori Moto2, Zarco masih berusaha keras untuk menamatkan perlumbaan di Sepang dengan satu sejarah yang bermakna baginya. Thomas Luthi yang bermula dari petak pertama terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua. Folger menamatkan perlumbaan dengan tempat ketiga. Luthi dan Folger berada di kedudukan 5 dan 6 dalam kutipan mata keseluruhan Moto2. Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin berjaya mendapat kedudukan ke-8, Azlan Shah di kedudukan ke-16 dan Ramdan Rosli di kedudukan ke-24.  Moto2 Results

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/