Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, October 25, 2015

Shell Advance Asia Talent Cup Final Race: Masaki menakluk perlumbaan kedua, Adam Norrodin ketiga

1-podio2 Shell Advance Asia Talent Cup telah berakhir untuk musim 2015 dan Masaki mengakhirinya dengan menjadi pemenang. Pemenang pada perlumbaan pertama, Kunimine,  berada pada kedudukan kedua dengan perbezaan mata hanya 0.061 saat. Adam Norrodin juga membawa kegembiraan kepada Malaysia dengan berjaya berusaha untuk menaiki podium. Satu kemalangan telah berlaku pada pusingan ke-6 melibatkan Salim, Izdihar dan juga Fakrushy. Namun begitu, semua rider dalam keadaan baik walaupun kemalangan itu nampak teruk juga. Musim 2015 menyaksikan ketiga-tiga tempat untuk pemenang keseluruhan didominasi oleh pelumba Jepun. Pertama - Ayumu Sasaki. Kedua - Takuma Kunimine. Ketiga - Kazuki Masaki. Tahniah kepada mereka. Harapan semoga pelumba Malaysia akan lebih maju pada masa hadapan dan menjadi satu cabaran bagi pelumba Jepun. Musim 2015 untuk Shell Advance Asia Talent Cup telah berakhir. Jumpa lagi di 2016!  SAATC RACE CLASSIFICATION SAATC 2015 POINTS FINAL

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/