Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, May 19, 2008

2006 FIM Racing Highlight Video


Tahun 2006 merupakan tahun terakhir dimana motosikal 2 lejang dibenarkan untuk bertanding dalam FIM Cub Prix Racing ini.

Setelah itu, undang-undang telah menetapkan kenderaan 2 lejang tidak dibenarkan diimpot atau dibuat lagi untuk pasaran Malaysia. Namun begitu, model sedia ada seperti Yamaha RX-Z dan Yamaha 125Z masih lagi dibenarkan untuk dijual dan pengenalan pada model 2 lejang terbaru berakhir disitu.

Pada pendapat saya, motosikal 2 lejang ini tidaklah begitu mencemarkan alam sekitar, tetapi cukup mencemar bunyi sekiranya diubahsuai tidak tentu hala untuk peningkatan prestasi dipacu atas jalan raya awam.

Kuasa yang dibawa oleh motosikal 2 lejang adalah melebihi 40% berbanding isipadu silinder yang sama pada motosikal 4 lejang. Motosikal dua lejang juga mempunyai susun atur enjin yang agak mudah kerana tidak memerlukan OHC dan injap.

Penggunaan minyak pelincir 2T merupakan faktor tidak ekonomi pada motosikal jenis ini, tetapi ini tidak menjadi masalah sekiranya dibandingkan dengan kepuasan memandu dengan kuasa yang mudah dilepaskan sekiranya perlu.

Asap tidak menjadi masalah sekiranya langkah untuk mengatasinya diambil. Saya juga telah menulis satu pos di dalam blog ini mengenainya bertajuk "Five Tips On How To Minimise Exhaust Smoke From 2-stroke Bike ". Anda bacalah sendiri.
Terima kasih kerana membaca.

1997 6-Speed RX-Z Restoration Project










I just bought this 1997 RX-Z last month. It was selling very cheap at only >RM500. Now, I'm trying to restore this bike to its glory when it was first bought.

Keep coming to this website to see what will happen to this bike.

Projek Pemulihan Semula RX-Z 1997 6-Kelajuan

Saya baru sahaja membeli RX-Z tahun 1997 6-kelajuan bulan lepas. Harganya amat murah iaitu >RM500. Sekarang, saya sedang mencuba untuk memulih semula motosikal kepada zaman kegemilangannya seperti mula-mula dibeli dahulu.

Teruskan melawat laman web ini untuk melihat apa yang akan berlaku kepada motosikal ini.

UPDATE: This RX-Z has been restored! Click here to view the new look.

Sunday, May 11, 2008

Karburetor Honda EX5 (Taiwan) Untuk Dijual Murah




Harga adalah cukup murah, cuma RM35. Tiada waranti. Karburetor ini adalah baru dan masih didalam kotak seperti gambar kedua. Sila tambah RM10 untuk Pos Laju.

Sekiranya anda berminat untuk membelinya, sila emel saya di mohdwahidi(at)gmail.com.

Stok sudah hampir habis. Hanya tinggal dua unit sahaja. Dapatkannya segera! Kalau anda tak nak pun tak apa, tapi kat mana lagi anda boleh dapat dengan harga macam ni?

Friday, May 9, 2008

Nuovo, Click, Step or Ego?

Saya telah ternampak motor ini di Kelantan semasa saya sedang mengisi minyak motor EX-5 saya. Jika anda perhatikan pada nombor plet motor ini, anda akan dapati nombor pendaftarannya tertulis NARATHIWAT. Jadi, ini adalah motosikal daripada Thailand.

Saya tidak dapat memastikan model motor ini. Namun begitu, ia begitu mirip dengan Yamaha Nuovo.

Ada sesiapa boleh bantu?

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/